Assalamualaikum.. lama sungguh tak menulis di sini. untuk makluman, im a teacher now! :) Alhamdulillah... Selama 6 bulan bertugas sebagai seorang guru, banyak pengalaman dan ilmu yang aku kutip sepanjang berada di sini. lebih-lebih lagi aku ditempatkan di sekolah berasrama penuh. memang mencabar dan besar tanggungjawab yang aku pikul.
Siapa cakap jadi cikgu ni senang, mudah, banyak cuti? Bila dah masuk dalam dunia ni baru aku tahu betapa besar tanggungjawab dan tugas seorang guru dalam mendidik anak murid mereka. Ya lah, guru perlu menjaga dan melayan berpuluh karenah dan akal dalam satu hari. Kadang-kadang ibu bapa nak layan anak 2 orang di rumah pun dah pening kepala. inikan pula 30 orang dalam satu kelas.
Sungguh besar jasa guru. Apa pun, buat kerja dengan seikhlas mungkin. Semoga semua guru dapat mendidik anak murid mereka dengan penuh rasa kasih dan sayang. Pada zaman kini, bukan mudah untuk mendidik remaja yang terdedah kepada dunia luar. Jadi, peranan mendidik ini bukan sahaja digalas oleh ibu bapa dan guru malah oleh semua lapisan masyarakat.
Semoga aku terus kuat dan lebih yakin untuk menjadi guru yang cemerlang dan dapat melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Cikgu Nad :)