Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Penilaian jenis formatif ini ialah penilaian jenis yang tidak formal dan boleh dilakukan dengan cara seperti melakukan pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, latihan congak, kuiz, memeriksan hasil kerja murid dalam kelas dan kerja rumah.
Penilaian jenis formatif ini biasanya digunakan bertujuan untuk mengesan kelemahan penguasaan murid secara indvidu supaya dapat membetulkan kesalahan mereka dengan serta merta. Oleh itu, penilaian ini sering kali dilakukan terutama selepas sesuatu kemahiran diajarkan dan biasanya semasa waktu pelajaran dengan menggunakan kaedah secara individu. Selain itu, penilaian formatif juga digunakan untuk mengesan kemajuan murid dalam kelas.
No comments:
Post a Comment