Monday, April 15, 2013

Budi bahasa


Assalamualaikum..

Cerita yang saya ingin kongsikan hari ini ialah tentang adab kita bertutur dengan orang lain. Kisah ini berlaku apabila saya ingin menaiki bas dari Kuantan ke Tanjung Malim. Pada pagi itu, ibu dan ayah saya menghantar saya ke terminal bas. Seperti biasa, ayah dan ibu saya akan menghantar saya terus ke bas dan membantu saya mengangkat barang. Sewaktu sampai ke bas yang ingin saya naiki, pemandu tersebut melaungkan “Temerloh, Temerloh....”.( satu daerah di Pahang)

 Pada papan tanda bas tersebut tertulis Tanjung Malim, Ipoh dan beberapa tempat lain. Bagi mendapatkan kepastian, ayah saya bertanya kepada pemandu tersebut sama ada betul atau tidak bas itu mahu ke Tanjung Malim kerana pemandu tersebut hanya menyebut Temerloh.  Apa yang mendukacitakan saya,pemandu tersebut tidak mengendahkan pertanyaan ayah saya. Sekali lagi ayah saya bertanya barulah pemandu tersebut mengangguk tetapi masih dalam keadaan mukanya yang masam.

Pada pendapat saya, perkara seperti ini tidak sepetutnya berlaku kerana kami sebagai pelanggan berhak mendapat layanan yang baik. Tambahan pula, bukankah kita sudah diajar untuk berbudi  bahasa? Mengapa perlu menunjukkan sikap yang negatif kepada khalayak. Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi kerana dikhuatiri budaya hormat menghormati yang sering dipupuk sejak kita kecil hilang begitu sahaja.
Sekian J

Tuesday, April 9, 2013

Belajar bahasa :)

Assalamualaikum.. 

Hari ini saya akan menceritakan tentang mempelajari bahasa baru. Bagi diri saya sendiri, saya sangat berminat untuk mempelajari bahasa Korea. Tambahan pula, saya dan kakak saya berkongsi minat yang sama. Minat untuk belajar bahasa Korea, menonton filem korea dan mendengar lagu-lagu Korea. Walaupun dengar lagu kami tidak faham, tapi disebabkan minat kami masih boleh mengikut lagu tersebut dan secara perlahan-lahan kami cuba mencari maksud lagu tersebut.Begitu juga ketika saya ingin mempelajari bahasa Inggeris, saya lebih gemar menggunakan muzik atau lagu untuk mempelajari bahasa tersebut. Di samping dapat berhibur saya juga dapat mempelajari bahasa yang digunakan dalam lagu tersebut.

Selain itu, kami juga sering mempraktikkan percakapan dengan menggunakan bahasa Korea walaupun hanya menggunakan perkataan yang mudah sahaja seperti terima kasih,minta maaf dan bertanyakan perkataan-perkataan mudah. Serba sedikit perkataan yang saya tahu dalam bahasa Korea adalah seperti :

Terima kasih : Kamsahamnida

Hai / hello : Anneyonghaseyo


Tahniah : chughahaeyo


Selamat tinggal : jalgayo


Siapakah nama kamu ? : ileum-i mwo-eyo


Nama saya ialah Nadzirah  : jeoneun nadzirah eyo



Itu lah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan. Semoga terhibur dan saya berharap suatu hari nanti saya lebih mahir berbahasa Korea dan juga bahasa-bahasa lain supaya saya menjadi multilinguisme J


Monday, April 8, 2013

Malam Puisi..


Assalamualaikum  w.b.t..

Bermula daripada 3 April 2013 yang lepas, Kolej Za’ba telah mengadakan Hari Terbuka dan ianya berlangsung selama lima hari berturut-turut. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak. Antara aktiviti yang paling menarik perhatian saya ialah Pertandingan Puisi dan aktiviti ini terbuka kepada semua pelajar UPSI dan juga masyarakat luar. Pertandingan ini telah diadakan pada hari Jumaat iaitu pada 5 April 2013. Pertandingan puisi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Turut diundang artis jemputan Diana amir dan dia juga  menyampaikan puisi yang ditulisnya sendiri.

Pada pendapat saya, aktiviti seperti ini sangat bagus kerana melalui aktiviti ini kita dapat belajar atau mengetahui cara untuk menghasilkan puisi, cara untuk menyampaikan puisi dan sebagainya. Di samping itu, kita juga dapat memperkenalkan puisi yang menjadi salah satu keunikan di negara kita kepada masyarakat luar terutamanya kepada pelajar luar negara yang belajar disini. Bukan itu sahaja, melalui aktiviti ini juga kita dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dalam menyampaikan puisi serta dapat melatih mereka dalam penggunaan bahasa yang betul.

Bahasa puisi adalah bahasa yang indah dan bukan semua orang mampu untuk menghasilkan dan menyampaikannya dengan berkesan. Dengan aktiviti seperti inilah kita mendapat kelebihan untuk mempelajari dan mengenali apa itu puisi dengan lebih dekat lagi. Melalui pemerhatian juga seseorang itu dapat belajar dan kerana itulah seorang penonton juga mendapat manfaatnya ketika menyaksikan persembahan puisi dari peserta. Oleh itu, aktiviti seperti ini perlu diadakan lagi kerana minat dalam puisi perlu dipupuk dan kita perlu berusaha untuk menjadikan ia sebagai satu aktiviti yang menarik dan seronok. Tambahan pula, secara tidak langsung kita dapat meningkatkan penguasaan bahasa kita kerana untuk berpuisi seseorang itu perlu tahu untuk berbahasa dengan baik J



Wednesday, April 3, 2013

Eja dengan betul!


Assalamualaikum.. J

Hari ini saya sengaja nak berkongsi cerita tentang masalah ejaan yang dihadapi oleh golongan remaja pada masa kini. Baru-baru ini saya ada mendapat mesej atau (SMS) dari rakan saya, antara contoh mesej yang membuatkan mata sayaberbulu nak baca dan lidah pun terbelit nak sebut :

“ko buat apew tuw? Cuti nanti balek x?” ( kau buat apa tu? Cuti nanti balik tak?)

“ye kew?” ( Iya ke)

“tana gtaw letew” ( tak nak bagitau lah tu)

Saya pun tidak faham dan tidak tahu kenapa mereka ingin mengubah ejaan ini sehinggakan saya rasa nak sebutnya pun susah. Kan  lagi bagus kalau kita menggunakan perkataan dan ejaan yang senang difahami supaya mesej yang nak disampaikan itu sampai dengan tepat kepada penerima. Saya tak nak tulis panjang, apa kata kita tengok apa pula yang dikatakan oleh Anwar Hadi (Vlogger)  tentang masalah ini :

Klik disini untuk melihat video Anwar Hadi

Lagi satu, ada juga remaja atau golongan lelaki yang menggunakan ejaan seperti ini. Sejujurnya, ia tidak membuatkan anda nampak comel sebaliknya membuatkan anda kelihatan seperti “mengada-ngada” untuk nampak comel (jangan marah) :p.

p/s : Lagi comel atau macho jika anda menggunakan ejaan yang betul J


Monday, April 1, 2013

Kesopanan dan kesusilaan :)


Assalamualaikum.. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.. J

Baiklah, cerita kali ini tidak panjang tetapi sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita. Pada hujung minggu yang lepas saya dan rakan pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli sedikit barang. Di samping membeli barang, saya juga gemar memerhati tingkah laku manusia terutamanya yang berada di kota-kota besar seperti di Kuala Lumpur.

Sewaktu saya dan rakan duduk berehat sebentar di kerusi yang disediakan di pasaraya itu, sempat saya melihat gelagat sekumpulan remaja di sana. Apa yang dapat saya katakan mereka sering menggunakan kata sapaan  seperti hai, hey dan bro. Pakaian mereka juga boleh dikatakan agak “kebaratan”. Mereka juga bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, bertepuk tampar tanpa mengira jantina. Apa yang mendukacitakan ialah mereka merupakan remaja Melayu dan beragama Islam.

Apa yang dapat saya katakan disini ialah, mereka sepatutnya menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, menjaga adab ketika bebicara dan  berpakaian sopan. Agama Islam sudah mengajar bagaimana cara kita berpakaian sepatutnya, cara berkomunikasi dengan orang lain dan sebagainya. Selain itu, budaya Melayu juga  lebih dikenali dengan sifat yang sopan santun dan berbudi bahasa. Mengapa tidak kita mengekalkan ciri tersebut? Seharusnya kita sebagai anak muda menjaga nama baik orang Melayu dan juga menjaga maruah kita sebagai orang Islam.Tidak perlulah kita mengikut budaya Barat yang jelas jauh terpesong dengan budaya kita. Renung-renugkan… J