Thursday, February 16, 2017

Cikgu Nad!

Assalamualaikum.. lama sungguh tak menulis di sini. untuk makluman, im a teacher now! :) Alhamdulillah... Selama 6 bulan bertugas sebagai seorang guru, banyak pengalaman dan ilmu yang aku kutip sepanjang berada di sini. lebih-lebih lagi aku ditempatkan di sekolah berasrama penuh. memang mencabar dan besar tanggungjawab yang aku pikul.

Siapa cakap jadi cikgu ni senang, mudah, banyak cuti? Bila dah masuk dalam dunia ni baru aku tahu betapa besar tanggungjawab dan tugas seorang guru dalam mendidik anak murid mereka. Ya lah, guru perlu menjaga dan melayan berpuluh karenah dan akal dalam satu hari. Kadang-kadang ibu bapa nak layan anak 2 orang di rumah pun dah pening kepala. inikan pula 30 orang dalam satu kelas.

Sungguh besar jasa guru. Apa pun, buat kerja dengan seikhlas mungkin. Semoga semua guru dapat mendidik anak murid mereka dengan penuh rasa kasih dan sayang. Pada zaman kini, bukan mudah untuk mendidik remaja yang terdedah kepada dunia luar. Jadi, peranan mendidik ini bukan sahaja digalas oleh ibu bapa dan guru malah oleh semua lapisan masyarakat.

Semoga aku terus kuat dan lebih yakin untuk menjadi guru yang cemerlang dan dapat melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Cikgu Nad :)

Tuesday, March 24, 2015

LATIHAN MENGAJAR (SMK MAT KILAU)


Assalamualaikum w.b.t

Pada bulan Julai yang lepas saya telah menjalani Latihan Mengajar di SMK Mat Kilau, Kuantan Pahang. Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang berada di sekolah tersebut. Alhamdulillah, penerimaan guru di sekolah tersebut sangat baik terhadap kami dan mereka tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada kami. Sepanjang empat bulan menjadi guru pelatih, saya berasa sangat gembira dan banyak pengalaman yang saya kutip terutama mengenai cara-cara berkomunikasi dengan pelajar, cara menarik perhatian pelajar semasa proses pengajaran dan saya juga banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang di adakan oleh pihak sekolah.

Pengalaman pertama menjadi guru ini sudah semestinya akan menjadi pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan menjadi salah satu pengalaman manis dalam hidup saya. Di sini ingin saya kongsikan beberapa gambar kenangan yang sempat saya ambil sepanjang menjadi guru pelatih di  SMK Mat Kilau, Kuantan Pahang. 








Monday, September 23, 2013

ommo! new status.. :)

Salam.. hye olls..

saje je lama xmenyonteng kat sini..

new status? ya.. actually i dah jadi tunang orang you... hehe. unbelievable and really2 unexpected.
tak pernah ku bayangkan akan menjadi tunangan org semuda ini, ceh motif sgt kann..
well, dah jodoh.. we just planned and Alhamdulillah Allah permudahkan..

Disebabkan ktorang ni xnak ikat lama2, bulan 11 ni In Shaa Allah i become his wifey!
excited? nervous? tak sabar? entahla.. semua tu aku rasa skang ni, xtaw nak explain mcamana.
so, berbaki beberapa hari je lagi untuk aku menghabiskan masa bujangku.. hehe . sekali lagi rasa xpercaya mengahantui diri. ohh!

Banyak sgt benda yang aku kena buat dalam masa 2 buan pertama ni, oh salah, da nak tnggal sebulan dah pun. nk buat last preparation, assingment, nak pikir pasal tarian, pasal makan and mcm2 lagi lah.

so.. aku harap semuanya akan berjalan dgn lancar and semoga dipermudahkanNya. amin.. :)

sampai sini jela, malas nak ngarut panjang2. focus buat assgment oakkayy!.
bye2!

Monday, April 15, 2013

Budi bahasa


Assalamualaikum..

Cerita yang saya ingin kongsikan hari ini ialah tentang adab kita bertutur dengan orang lain. Kisah ini berlaku apabila saya ingin menaiki bas dari Kuantan ke Tanjung Malim. Pada pagi itu, ibu dan ayah saya menghantar saya ke terminal bas. Seperti biasa, ayah dan ibu saya akan menghantar saya terus ke bas dan membantu saya mengangkat barang. Sewaktu sampai ke bas yang ingin saya naiki, pemandu tersebut melaungkan “Temerloh, Temerloh....”.( satu daerah di Pahang)

 Pada papan tanda bas tersebut tertulis Tanjung Malim, Ipoh dan beberapa tempat lain. Bagi mendapatkan kepastian, ayah saya bertanya kepada pemandu tersebut sama ada betul atau tidak bas itu mahu ke Tanjung Malim kerana pemandu tersebut hanya menyebut Temerloh.  Apa yang mendukacitakan saya,pemandu tersebut tidak mengendahkan pertanyaan ayah saya. Sekali lagi ayah saya bertanya barulah pemandu tersebut mengangguk tetapi masih dalam keadaan mukanya yang masam.

Pada pendapat saya, perkara seperti ini tidak sepetutnya berlaku kerana kami sebagai pelanggan berhak mendapat layanan yang baik. Tambahan pula, bukankah kita sudah diajar untuk berbudi  bahasa? Mengapa perlu menunjukkan sikap yang negatif kepada khalayak. Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi kerana dikhuatiri budaya hormat menghormati yang sering dipupuk sejak kita kecil hilang begitu sahaja.
Sekian J

Tuesday, April 9, 2013

Belajar bahasa :)

Assalamualaikum.. 

Hari ini saya akan menceritakan tentang mempelajari bahasa baru. Bagi diri saya sendiri, saya sangat berminat untuk mempelajari bahasa Korea. Tambahan pula, saya dan kakak saya berkongsi minat yang sama. Minat untuk belajar bahasa Korea, menonton filem korea dan mendengar lagu-lagu Korea. Walaupun dengar lagu kami tidak faham, tapi disebabkan minat kami masih boleh mengikut lagu tersebut dan secara perlahan-lahan kami cuba mencari maksud lagu tersebut.Begitu juga ketika saya ingin mempelajari bahasa Inggeris, saya lebih gemar menggunakan muzik atau lagu untuk mempelajari bahasa tersebut. Di samping dapat berhibur saya juga dapat mempelajari bahasa yang digunakan dalam lagu tersebut.

Selain itu, kami juga sering mempraktikkan percakapan dengan menggunakan bahasa Korea walaupun hanya menggunakan perkataan yang mudah sahaja seperti terima kasih,minta maaf dan bertanyakan perkataan-perkataan mudah. Serba sedikit perkataan yang saya tahu dalam bahasa Korea adalah seperti :

Terima kasih : Kamsahamnida

Hai / hello : Anneyonghaseyo


Tahniah : chughahaeyo


Selamat tinggal : jalgayo


Siapakah nama kamu ? : ileum-i mwo-eyo


Nama saya ialah Nadzirah  : jeoneun nadzirah eyo



Itu lah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan. Semoga terhibur dan saya berharap suatu hari nanti saya lebih mahir berbahasa Korea dan juga bahasa-bahasa lain supaya saya menjadi multilinguisme J


Monday, April 8, 2013

Malam Puisi..


Assalamualaikum  w.b.t..

Bermula daripada 3 April 2013 yang lepas, Kolej Za’ba telah mengadakan Hari Terbuka dan ianya berlangsung selama lima hari berturut-turut. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak. Antara aktiviti yang paling menarik perhatian saya ialah Pertandingan Puisi dan aktiviti ini terbuka kepada semua pelajar UPSI dan juga masyarakat luar. Pertandingan ini telah diadakan pada hari Jumaat iaitu pada 5 April 2013. Pertandingan puisi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Turut diundang artis jemputan Diana amir dan dia juga  menyampaikan puisi yang ditulisnya sendiri.

Pada pendapat saya, aktiviti seperti ini sangat bagus kerana melalui aktiviti ini kita dapat belajar atau mengetahui cara untuk menghasilkan puisi, cara untuk menyampaikan puisi dan sebagainya. Di samping itu, kita juga dapat memperkenalkan puisi yang menjadi salah satu keunikan di negara kita kepada masyarakat luar terutamanya kepada pelajar luar negara yang belajar disini. Bukan itu sahaja, melalui aktiviti ini juga kita dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dalam menyampaikan puisi serta dapat melatih mereka dalam penggunaan bahasa yang betul.

Bahasa puisi adalah bahasa yang indah dan bukan semua orang mampu untuk menghasilkan dan menyampaikannya dengan berkesan. Dengan aktiviti seperti inilah kita mendapat kelebihan untuk mempelajari dan mengenali apa itu puisi dengan lebih dekat lagi. Melalui pemerhatian juga seseorang itu dapat belajar dan kerana itulah seorang penonton juga mendapat manfaatnya ketika menyaksikan persembahan puisi dari peserta. Oleh itu, aktiviti seperti ini perlu diadakan lagi kerana minat dalam puisi perlu dipupuk dan kita perlu berusaha untuk menjadikan ia sebagai satu aktiviti yang menarik dan seronok. Tambahan pula, secara tidak langsung kita dapat meningkatkan penguasaan bahasa kita kerana untuk berpuisi seseorang itu perlu tahu untuk berbahasa dengan baik J



Wednesday, April 3, 2013

Eja dengan betul!


Assalamualaikum.. J

Hari ini saya sengaja nak berkongsi cerita tentang masalah ejaan yang dihadapi oleh golongan remaja pada masa kini. Baru-baru ini saya ada mendapat mesej atau (SMS) dari rakan saya, antara contoh mesej yang membuatkan mata sayaberbulu nak baca dan lidah pun terbelit nak sebut :

“ko buat apew tuw? Cuti nanti balek x?” ( kau buat apa tu? Cuti nanti balik tak?)

“ye kew?” ( Iya ke)

“tana gtaw letew” ( tak nak bagitau lah tu)

Saya pun tidak faham dan tidak tahu kenapa mereka ingin mengubah ejaan ini sehinggakan saya rasa nak sebutnya pun susah. Kan  lagi bagus kalau kita menggunakan perkataan dan ejaan yang senang difahami supaya mesej yang nak disampaikan itu sampai dengan tepat kepada penerima. Saya tak nak tulis panjang, apa kata kita tengok apa pula yang dikatakan oleh Anwar Hadi (Vlogger)  tentang masalah ini :

Klik disini untuk melihat video Anwar Hadi

Lagi satu, ada juga remaja atau golongan lelaki yang menggunakan ejaan seperti ini. Sejujurnya, ia tidak membuatkan anda nampak comel sebaliknya membuatkan anda kelihatan seperti “mengada-ngada” untuk nampak comel (jangan marah) :p.

p/s : Lagi comel atau macho jika anda menggunakan ejaan yang betul J