Thursday, March 7, 2013

Adab dan hormat


Assalamualaikum..

Semoga ceria-ceria selalu!. Hari ini saya akan menceritakan sedikit cerita yang saya alami. Kali ini ceritanya tidak panjang , tetapi cukup memberi kesan kepada saya dan rakan. Jadi, selamat membaca! :D

Hari itu aku habis kelas jam 7.00 malam. Kebetulan semasa keluar dari kampus lama, tiada bas yang menuju ke kolejku. Jadi aku dan rakan pergi kedai dihadapan kampus untuk membeli sedikit barang keperluan sementara bas belum sampai. Setelah membeli barang-barang yang diperlukan, kami menuju semula ke tempat perhentian bas. Ketika kami melintas jalan untuk menuju ke tempat menunggu bas, tiba-tiba sebuah kereta iswara lalu dengan lajunya tanpa menghiraukan kami yang sedang melintas jalan. Sudahlah memandu dengan  laju, keretanya juga melanggar lopak air sehinggakan air tersebut terpercik kearah kami. Bayangkanlah perasaan kami ketika itu. Bukan sahaja memandu secara bahaya malah tidak beradab pula.

            Kesimpulannya , melalui apa yang saya dan rakan alami ini cukup memberi pengajaran kepada semua. Seharusnya, mereka perlu memandu secara berhati-hati terutamanya disekitar kawasan kampus, kerana ramai pelajar yang berjalan kaki menggunakan  jalan tersebut. Sebagai masyarakat Malaysia kita telah dididik untuk lebih menghormati orang lain dan juga beradab dalam semua perkara. Oleh itu, jadilah masyarkat yang BERADAB dan juga MENGHORMATI  orang lain.
Sekadar ini dahulu.. jumpa lagi  ! J  

No comments:

Post a Comment