Monday, March 18, 2013

sahabat


Assalamualaikum,

Hari ini saya akan menceritakan tentang nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh sahabat kepada seorang insan ini.

Hari itu, aku pergi ke Hari Terbuka yang diadakan di salah sebuah kolej di UPSI. Seperti biasa, aku dan rakan pergi berjalan di sekitar kawasan tersebut. Tiba-tiba di satu sudut aku terpandang dua orang sahabat yang sedang membantu rakannya yang kurang upaya untuk keluar daripada kereta. Dua orang lelaki itu mengangkat rakannya yang kurang upaya, tidak mampu berjalan itu untuk keluar dari kereta dan menyediakan semua kelengkapan rakannya itu. Aku melihat keikhlasan yang ditunjukkan oleh dua sahabat itu, walaupun mempunyai rakan yang kurang upaya, tidak mampu berjalan dan hanya mampu duduk di atas papan beroda mereka tetap tidak meninggalkannya atau malu untuk berjalan dengan rakannya itu.

Melalui peristiwa ini, saya dapat menyedari akan keikhlasan seorang sahabat kepada rakannya. Walaupun, mempunyai rakan yang kurang sempurna tetapi dua orang lelaki itu dapat memberi kesan yang mendalam kepada saya dan rakan. Bersyukurlah kerana mempunyai rakan disisi kita tidak kira siapa pun dia kerana rakan meerupakan anugerah daripada Tuhan.
Sekian dahulu.. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment