Thursday, March 7, 2013

Perjumpaan PERBAYU bersama KJ


Assalamualaikum..
Semoga sihat dan ceria selalu!

Malam semalam telah berlangsungnya perjumpaan bersama Ketua Jabatan bahasa Melayu, dan Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Ramai pelajar yang hadir iaitu pelajar-pelajar dari semester 2, semester 4, semester 6 dan juga semester 8. Perjumpaan seperti ini sangat bagus kerana dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar senior dan junior. Disamping itu, kami juga berkesempatan untuk bertanya soalan kepada Dr. Dahlia merangkap Ketua Jabatan.

            Banyak soalan yang telah dikemukakan antaranya ialah mengenai isu tempat kuliah, subjek minor, pertindihan jadual kuliah, hari kecemerlangan dan sebagainya. Alhamdulillah, semua soalan yang ditanya dapat dijawab dengan baik dan memuashatikan semua pihak. Majlis bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam. Sepanjang tempoh 2jam tersebut banyak info-info yang kami dapat dan juga segala persoalan yang bermain difikiran telah pun terjawab.

            Oleh itu, perjumpaan seperti ini seharusnya dilakukan paling kurang dua kali satu semester. Bukan sahaja dengan cara perjumpaan didalam dewan, malah kita boleh mengadakan pelbagai lagi aktiviti yang lebih santai dan menarik seperti hari keluarga PERBAYU, sukaneka, hari sukan dan sebagainya. Seperti yang kita sedia maklum, dengan aktiviti-aktiviti seperti inilah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bukan sahaja antara pelajar-pelajar malah dengan pensyarah juga.



                                                        Sambil dengar sambil bergambar :D
                                                                       Sekian, adios! J

No comments:

Post a Comment