Assalamulaikum..
Anneyong!
Cerita
hari ini tak panjang tapi saya tetap nak kongsi kerana ianya sesuatu yang
menarik. Nak tahu apa?
Ia
adalah mengenai permainan yang saya dan rakan-rakan pernah main ketika kecil.
Sewaktu dalam kelas sosiolinguistik petang tadi, Dr. bertanya tentang apa permainan
kami ketika kecil. Macam-macam jawapan yang diberikan, gamat kelas dibuatnya! J
Walaubagaimanapun,
saya rasa sangat gembira dan secara automatik
saya teringatkan zaman kanak-kanak saya dahulu. Seronoknya! Macam-macam boleh
main. Main masak-masak, cikgu-cikgu, kawin-kawin. Hehe. Kalau main masak-masak,
habislah pokok emak saya kena potong dengan kami, nak buat sayur punya pasal. J Kalau main cikgu-cikgu, sebelum balik sekolah ambil
kapur dua tiga batang kat sekolah, lepastu bawak balik rumah. Waktu petang ajak
rakan-rakan datang rumah main sama-sama. Kemudian, habislah almari hitam dalam
bilik saya dijadikan papan hitam. Hehe.
Permainan
luar rumah pun banyak kami main, main kejar-kejar, zero point, lubang tikus,
polis entry dan macam-macam lagi. Rindu pula nak main lagi. Tetapi, permainan
tu semua dah susah nak tengok budak-budak zaman sekarang main. Mereka lebih
kepada permainan yang moden dan canggih seperti iPad, Tab, iPhone dan
sebagainya. Terutama sekali kanak-kanak yang berada di bandar, pulang dari sekolah semuanya duduk
dalam rumah sahaja menghadap laptop dan iPad. Jadi, hubungan silaturrahim juga
tidak akan terjalin rapat. Sekiranya saya mempunyai anak kelak, saya akan
mengajarnya bermain permainan yang saya telah main supaya ianya tidak hilang
ditenggelam zaman. In Shaa Allah.. :D
Setakat
ini dahulu, sekian..
No comments:
Post a Comment