Thursday, March 28, 2013

Budi bahasa budaya kita...


Assalamualaikum…

Kisah yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang cara kita berkomunikasi dengan oraang lain. Kisah ini berlaku pada suatu pagi di bangunan E-Learning. Pada pagi itu, saya dan rakan ingin pergi ke bilik pensyarah di tingkat satu. Sewaktu kami masuk ke bangunan tersebut kami melihat ada beberapa orang pekerja sedang mencuci lantai. Seperti kebiasaanya, saya dan rakan tahu untuk tidak memijak kawasan yang telah dicuci oleh pekerja-pekerja itu. Baru sahaja kami melangkah masuk, tiba-tiba ada seorang makcik
 ( salah seorang daripada pekerja) menjerit kearah kami,

“lalu ikut sini!”

Saya dan rakan berasa agak terkejut dengan tindakan makcik itu, bukannya kami tidak tahu laluan yang sepatutnya kami lalu. Apalah salahnya jika makcik itu memberitahu dengan nada atau intonansi yang lebih lembut. Kan lagi elok bunyinya.  Selepas kami selesai berjumpa dengan pensyarah, kami turun semula untuk keluar dan dengan berhati-hati kami lalu dihadapan makcik tadi. Kebetulan di hadapan kami ada seorang pelajar lelaki yang mendahului langkah kami. Tiba-tiba sewaktu pelajar lelaki itu ingin keluar kakinya pula tersangkut alas kaki yang tertulis “welcome” di hadapan pintu masuk E-Learning tersebut. Kemudian datang seorang pakcik dari arah belakang datang untuk membetulkan alas kaki yang tersingkap itu sambil berkata,

“Bodoh betul! Jalan tak pakai mata ke?”

Sekali lagi saya dan rakan berasa terkejut dengan perkataan yang digunakan oleh pakcik itu. Hairan juga, kenapa pagi itu semua orang bercakap tanpa menjaga perasaan orang lain. Walau pun kami lebih muda, tetapi sepatutnya kita masih perlu saling hormt menghormati. Bahasa yang digunakan juga mestilah sesuai dengan keadaan dan dengan siapa kita berbicara. Bukanlah nak cakap yang kami sebagai pelajar perlu dihormati, tapi kami juga sering menghormati pekerja-pekerja di UPSI ini tidak kira siapa pun dia.
Pada pendapat saya, sepatutnya mereka yang lebih matang ini perlu menunjukkan contoh yang baik kepada kami. Cara berkomunikasi dengan orang sudah cukup untuk menggambarkan keperibadian kita. Baik budi bicara kita, maka baiklah peribadi kita. J

No comments:

Post a Comment