Thursday, March 21, 2013

Bahasa Slanga?


Assalamualaikum..
Selamat pagi semua (kalau baca waktu pagi) :p

Baiklah, hari ini saya akan menceritakan tentang bahasa slanga.  Seperti yang kita dapat lihat, masyarakat kini banyak menggunakan bahasa slanga tidak kira peringkat umur, tetapi lazimnya digunakan oleh golongan remaja. Jadi, apa itu bahasa slanga?  Menurut Kamus Oxford, slanga ialah satu perbendaharaan kata yang khusus digunakan oleh sekumpulan manusia yang rendah kedudukannya. Sementara itu, Nik Safiah Karim pula mendefinisikan Slanga sebagai bahasa terhad (restricted language) kerana mempunyai cirri tertentu dan hanya diunakan oleh golongan tertentu sahaja.

            Selain itu, ada yang menganggap bahasa slanga adalah bahasa mesra kerana ianya digunakan kepada kenalan rapat.  Walau bagaimanapun, bahasa slanga yang kini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja semakin membimbangkan pencinta bahasa Melayu dan ahli bahasa kerana bahasa ini sedikit sebanyak merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangasaan di negara kita.

Antara contoh perkataan bahasa slanga ialah : 
1.      Tahu : tau / taw
2.      Macam ini : camni
3.      Telefon : tepon / fon
4.       Untuk : tuk
5.      Kenapa : nape

Sebenarnya banyak lagi contoh perkataan yang lazimnya digunakan oleh golongan remaja terutamanya apabila mereka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). Perkataan-perkataan ini digunakan dalam sistem (SMS) kononnya untuk lebih menjimatkan kos. Apa yang dirisaukan  ialah, mereka menggunakan perkataan-perkataan ini sehingga dalam penulisan karangan. sebagai contoh :



Perkara ini jika tidak diberi perhatian dikhuatiri akan merosakkan bahasa Melayu kita yang sememangnya indah ini. Bahasa Melayu memang sudah sedia mudah dan mengapa kita mahu memudahkannya lagi sehingga mencacatkan bahasa tersebut? Disebabkan hal ini. Ibu bapa, guru, ahli bahasa, masyarakat dan sebagainya perlu memainkan peranan dalam menjaga dan memartabatkan bahasa Melayu kita. Jika bukan kita, siapa lagi? Tepuk dada tanya fikiran kita..

Sekian J

No comments:

Post a Comment