Monday, March 25, 2013

Selamat Hari Lahir !



Assalamualaikum.. semoga sentiasa dalam keadaan yang baik :)

Baiklah, memandangkan pada 24 Mac 2013 yang lepas, usia saya telah genap 22 tahun, hari ini saya akan menceritakan tentang Hari Lahir atau  ucapan yang sering diucapkan ketika kita menyambut hari lahir.

Alhamdulillah.. ramai rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya dan ada juga rakan serumah yang membuat kejutan dengan memberi kek hari jadi kepada saya. Terima kasih kawan! :). Baiklah, bukan itu yang saya nak cerita sebenarnya, tetapi apa yang saya nak ceritakan ialah apa yang saya perhati sepanjang hari istimewa saya itu. Kebanyakan rakan saya mengucapkan Happy Birthday berbanding menggunakan Selamat Hari Lahir, Selamat Ulang Tahun dan sebagainya.

Mengapa? mungkin kerana sudah terbiasa menggunakan ucapan dalam bahasa Inggeris atau mungkin kerana nampak lebih moden. Tidak kurang juga, rakan-rakan facebook memberi ucapan dengan hanya menaip HB, iaitu singkatan kepada Happy Birthday. Sebagai masyarakat Melayu apa salahnya jika kita menggunakan bahasa Melayu untuk memberi ucapan. Tidak kiralah ucapan untuk hari lahir, ucapan tahniah atau sebagainya. Kata nak memartabatkan bahasa Melayu.. kan?

Apa-apa pun, saya hargai dengan semua ucapan hari lahir yang diucapkan oleh rakan-rakan saya, tidak kiralah dalam bahasa Melayu ke, bahasa Inggeris, bahasa Arab mahupun bahasa Cina. Semuanya membawa maksud yang sama dan saya sangat hargai..





Terima Kasih :) 

No comments:

Post a Comment