Saturday, March 16, 2013

Koc untuk wanita


Pergi ke Kl (bahagian 2) 

Kisah ini sambungan daripada kisah diatas. Masih pada hari yang sama tetapi situasi dan tempat yang berbeza. Situasi ini adalah ketika saya dan rakan di dalam kereta api.

Setelah menunggu hampir 20 minit, akhirnya train pun tiba. Seperti biasa aku akan memilih tempat duduk di  bahagian wanita sahaja. Ini kerana tempat duduk bahagian ini yang paling selesa kerana tidak bercampur dengan lelaki. Perjalanan daripada Tanjung Malim ke Rawang berjalan dengan lancar. Apabila sampai di Rawang, kami terpaksa menukar train untuk ke stesen berikutnya.

Sekali lagi aku memilih tempat duduk bahagian “koc untuk wanita”. Apabila aku masuk ke dalam train tersebut, bukan sahaja wanita malah lelaki turut duduk di bahagian tersebut. Bukankah sudah jelas tertulis “KOC UNTUK WANITA”? Tidak tahu membacakah anda? Aku berasa sangat tidak selesa kerana terpaksa berkongsi dengan kaum lelaki.  

 
Bukan itu sahaja, ada juga pasangan merpati sejoli yang berdrama Hindustan dalam train tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang.
Bukankanh kerajaan telah menyediakan ‘koc untuk wanita” khas untuk wanita sahaja. Semua ini adalah untuk keselesaan dan keselamatan kaum wanita. Jadi, tidak perlu adanya golongan lelaki yang duduk sama  di bahagian tempat duduk wanita. Apabila sampai di Kepong Sentral, aku keluar dari train dengan perasaan yang sebal.

Oleh itu, melalui peristiwa ini, kaum lelaki tidak boleh mengambil mudah dan sesuka hati ingin duduk di mana-mana bahagian dalam kereta api. Hal ini kerana, kami sebagai wanita berasa kurang senang dan kurang selesa akan kehadiran anda. Tidak lupa juga kepada pasangan yang sedang hangat bercinta, janganlah membuat aksi-aksi yang tidak senonoh di depan khalayak kerana semua itu boleh menjatuhkan maruah anda. Pihak KTM juga perlu memantau penumpang yang naik di bahagian tempat duduk wanita. Sekiranya ada kaum lelaki, arahkan mereka untuk duduk di bahagian lain.
Kaum lelaki sila ambil perhatian.. sekadar ini dahulu.
Terima kasih

No comments:

Post a Comment