Friday, March 29, 2013

Saya berbahasa Inggeris. :)


Assalamualaikum..

Situasi yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah situasi apabila saya dari KTM dan ingin pulang ke kolej. Ketika itu, ada enam orang pelajar dari luar Negara juga ingin pulang ke kolej. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanya kepada saya,

“You want to go to KAB?”

“Yes, I want to go to KAB” jawabku.

“Can we share the taxi”.

“Yes sure, why not.” Kataku lagi

“Good, its more save right”

“yes” jawabku sambil tersenyum.

Apabila teksi sampai kami pun menaiki teksi tersebut. Sepanjang dalam perjalanan dari KTM ke kolej kami sempat berkenalan. Namanya Irin dan berasal dari Amerika Syarikat. Irin mengambil jurusan psikologi di dan dia baru sahaja berumur 19 tahun. Walaupun baru berusia 19 tahun tapi perwatakannya nampak matang dan dia juga seorang yang ceria. Selain itu, sempat juga saya bertanya kepadanya,

“What do you think about Malaysia? Do you like it? ”

“Yes I like it, its fun and there are many interesting places that I want to go. I just go to Batu Caves and that was great!”. Katanya dengan penuh ceria.

“Oh.. so how about the food? What do you like to eat?

“ I like to eat fried rice but I never try to eat nasi lemak”

“I think you should try once, its delicious.”

“yeah, I also think like that “

Setelah berbual, sampailah kami ke kolej. Kami saling mengucapkan selamat tinggal dan berharap untuk berjumpa lagi.

Melalui peristiwa ini saya berasa sangat gembira kerana dapat berkomunikasi dengan orang dari luar negara. Walaupun, pada mulanya saya berasa kurang yakin untuk berbual dalam bahasa Inggeris tetapi memandangkan sikap Irin yang peramah membuatkan saya berasa yakin untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, sebagai rakyat Malaysia kita juga perlu menunjukkan sikap yang baik kepada mereka dan memberi layanan yang baik supaya mereka tidak memandang serong kepada masyarakat di negara kita. Di samaping dapat menguji tahap penguasaan bahasa Inggeris diri saya, saya juga sedikit sebanyak dapat menunjukkan sikap orang Melayu yang mesra dan tidak sombong. 
In Shaa Allah.. J






2 comments:

  1. Classic Toto - Titanium Money Clip, 5cm Wide L
    Vintage Toto - Titanium Money Clip, 5cm titanium granite countertops Wide L, Long Handled, Black. titanium bars TOTO - Titanium Money Clip, price of titanium 5cm Wide L, Long Handled, tube supplier Black. TOTO - Titanium Money Clip, 5cm Wide L. cerakote titanium

    ReplyDelete